CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 19, 2010

Little Story From LIttle Family

Pengumuman : Maybe ada kawan2 yang dari blog Life Thru My Eyes nie tak tahu lagi yang kami telah berpindah rumah di alamat:


sila2 lah singgah di rumah baru kami tu yerk...semoga ikatan persahabatan kita tidak terputus.

Friday, January 08, 2010

Pengumuman Penting buat Sumer Kengkawan

Maka dengan ini...........secara rasminya ........Zana menutup blog LifeThruMyEyes ini coz' rasanyer dpt byk complaint about blog nie.......lambat nak loading, selalu hang, susah nak comment and yang paling menakutkan about virus......hu hu hu.......walaupun sedih tp demi kawan2.......zana nekad untuk menutup LifethruMyEyes nie......

But

don't worry.........kisah kami, cerita batrice dan merapunya Zana akan tetap boleh di jejaki di our new home sweet home....




Harap ler sangat2 korang menyokong blog baru Zana tu yerk.........and jangan lupa follow my new blog plak yerk....

Salam sayang buat semua.

Thursday, January 07, 2010

Subhanallah......

Kepala di Shah Alam

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud, Abdullah Wahab dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.

Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

Tuesday, January 05, 2010

Turn Adik No. 2 Plak Bertunang

Ahad plak.........balik Tenggaroh........singgah rumah Pak Ngah menziarah.....lepas tu around 2.00 pm gerak ke Tenggaroh 6 plak.............this time...........turn adik Zana no. 2 plak bertunang........tp yang nie buat kecil2an jer...........barang pun x hangar byk...just cincin risik & tunang dan sepasang baju..........tu ajerrr............







Saat cincin di sarungkan.......



Inilah dia bakal adik ipar Zana yang no. 2

















Insya Allah, majlis pernikahannyer pada 6/3/10 dan majlis belah lelaki plak kami akan buat pada 9/5 or 29/5/10 .........jalan terus dua pasang pengantin si adik & si abang.

Alhamdullillah...........2010 bertambah lah ahli keluarga kami.

Monday, January 04, 2010

Alfatihan buat Mak Ngah

1st week di tahun baru......hu hu hu.......tahun baru kali nie di mulakan dengan hari yang amat memenatkan ........dan....pelbagai peristiwa terjadi.......mmmm

Sabtu, pagi tu dpt call dari my mum mengatakan yang my makcik, MAK NGAH kritikal di Hospital Johor Bahru........berdesup kami gerak ke HSA ........sampai2 sumer sedara mara dah berkumpul......sedih sangat tengok keadaan Mak Ngah......dah x sedar almost 4 hari dari hari Rabu lagi..........tak tahu punca Mak Ngah jadi camtu....tp dari ckp2 makcik2 yang ada maybe di sebabkan cancer darah.........tp tulah...x dpt citer sebenarkan...so x boleh nak kata apa lah.....

Air & Darah masuk pun dah tak jalan........dah x boleh nak masuk dlm badan Mak Ngah.....sian sangat tengok tubuh Mak Ngah dah bengkak......lidah pun dah terkeluar........rasa nak nangis tapi kuatkan juga hatinyer.......yelah.....kalau ikut kan...Mak Ngah sihat xde sakit apa2 pun...asalnyer cuma demam2 and ada lebam2 kat seluruh badan.........bw ke Hospital Kota Tinggi.....masuk ward...masuk darah 3 pains pun x boleh gark.......petang selasa tu, otw ke HSA....Mak Ngah dah tak sedarkan diri........hingga ler ke hari Sabtu tu..........

Kami pun x dpt nak lama2 stay kat HSA tu........dlm kul 3 lebih gerak balik Kluang....tp sempat ler menyinggah ke JJ Tebrau..........sampai Kluang around kul 7++ ........tak sempat nak buka pintu rumah lagi......my mum call cakap Mak Ngah dah pergi.........sedih sangat....tp nak buat camner......dah perjanjian dia dgn Yang Maha ESA setakat itu sahaja kan.....

Jenazah allahyarham Mak Ngah selamat di kebumikan malam tu jugak dalam pukul 11 lebih.....

Alfatihah buat Arwah Mak Ngah : Fatimah bte Kertubi di usia 59 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin