CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 07, 2009

TIKUS, SINGA & MONYET

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apakata kamu semak tarikh lahir ini :-

Januari 01-09 ~ Anjing, Januari 10-24 ~ Tikus - My Batrice, Januari 25-31 ~ Singa - Laling Hubby,

Februari 01-05 ~ Kucing, Februari 06-14 ~ Merpati, Februari 15-21 ~ Kura-kura, Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet, Mac 13-15 ~ Singa, Mac 16-23 ~ Tikus, Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing, April 04-14 ~ Harimau Bintang, April 15-26 ~ Tikus, April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet, Mei 14-21 ~ Merpati, Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus, Jun 04-14 ~ Kura-kura, Jun 15-20 ~Anjing, Jun 21-24 ~ Monyet - It's me, Jun 25-30 ~ Kucing

Julai 01-09 ~ Tikus, Julai 10-15 ~ Anjing, Julai 16-26 ~ Merpati, Julai 27-31 ~ Kucing

Ogos 01-15 ~ Monyet, Ogos 16-25 ~ Tikus ,Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati, September 15-27 ~ Kucing, September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet, Oktober 16-27 ~ Kura-kura, Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa, November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing, Disember 17-25 ~ Monyet, Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga di akui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya almari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yangmengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekeliling mu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing
Kamu memang penyayang,disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaanyang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dansentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal,kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.Orang sekeliling mu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijakmemujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamujuga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelamat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


Credit to :- Mama Cik Mya



21 Kata Mereka:

Mak Su said...

saya kura-kura :), heh heh heh

ntah ia ntah tidak, saya dah ada musuh terulung, bekas kawan, now enemy, asik mengata depan, belakang, sindir .... tensen gaks, kerja tempat yg sama, satu floor, malah, satu cluster! apa nak buat, saya tak respon apa-apa, biarkan sajalah... (makan hati)

Neeza.Areef said...

wowwy..tikus itu aku...

mcm betul..huhu

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam...

KP ngan Qurratul Monyet
sbb kamie- Oct 1 till Oct 15
Abg Kura - Kura
Oct 16 till Oct 27

adalh sikit 2 p'samaan yang d'katakan ... anyway thanks for the info

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam...

KP ngan Qurratul Monyet
sbb kamie- Oct 1 till Oct 15
Abg Kura - Kura
Oct 16 till Oct 27

adalh sikit 2 p'samaan yang d'katakan ... anyway thanks for the info

Lily @ Mama Iqa said...

iqa sama mcm batrice ~ tikus
lily sama dgn hubby zana ~ singa..auwwwwww!
en abg lily plak merpati..hehe!

wah zana, bijak berbelanja ek? yeke zana oiiii??

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

kak rose under monyet tapi bab mengatur kewangan tu memang tak kena ngan kak rose, coz akak cuma pandai perabis duit aje

Puan Iza said...

iza & Haikal sama...merpati
hubby iza lak....anjing lorrr....tapi karektor dia sama la dgn orangnya hehehehe

mummysyafie said...

harimau bintang itu saya..ada kebenaran gak

huhuhuhu..saya mmg kejam okkk

Jasfyra said...

opss...i harimau bintang.patut ler garang..hahaha

Harimau Bintang
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamujuga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

suka gosip?wakakaka..

rasp said...

me woof woof tapi me tak suka itu woof woof tau... :D

Sham Ummi Echa said...

aku = monyet???? sesuainya la..(asik trkinja2 je kata laki aku..)

yer ker aku ni pndai atur kewangan.. mmg pndai sgt la kan.. pndai jer aku atur mana nk halakan duit2 aku sumer..sekelipan mata jer leh abih..

Dee said...

i singa u..auuummmm!!

@tune® said...

gua kucing??smua yg baik betul..tp gua xske kucin!!!

naz ilyn said...

salam...

ari ni besday aku... hi hi

Anonymous said...

hehehe cik mya n mamanye geng lalala kami singa hehehe

yong ibu chem said...

aisey..aku kena tang monyet lah...hehehhee

tapi mmg betul lah..aku mmg tak sabar! kuikuikui

eija28 said...

eija kena kura-kura lah....
iman plak merpati....leh caya ke nie zana?

Hirda Ibrahim said...

aku TIKUS. comel ke?? hahahah....
hardy MONYET.

Unknown said...

huhuhu excitednye...
kiter tahun MERPATI hehehehe
sonok..sonok...

Ciklinn said...

eh eh mcm betullah yg kura2 tu..hihihhihhih..kalu baik2 mesti sama lah..yg jaat tak sama...wakakkakakakakka

☆ lieya latif ☆ said...

tgh mengkaji info yg zana kasi nieh....hi hi hi...syok!!!