CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 22, 2008

63 PETUA BAHAGIA

Just nak share sedikit info yg zana ambil dari berita Harian Metro - 20 Nov 2008 (khamis)

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaa, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.

Dalam melayari rumahtangga berdua, pasti byk onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi & keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga :


1) doa yg berterusan
2) patuh ajaran agama
3) murah dgn pujian
4) murah dgn khidmat
5) murah dengan belaian kasih sayang
6) murah dengan sentuhan
7) mencari kebaikan pasangan
8) cari masa berkomunikasi, berbual @ bergurau senda
9) cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
10) menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
11) menilai diri daripada perspektif pasangan
12) berfikiran terbuka - boleh tegur menegur
13) berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
14) menilai & memberi keutamaan dalam kehidupan
15) tolak ansur
16) menghormati dan mengambil kira "gerak batin" (intuition) perempuan
17) tidak mengejar kebendaan semata-mata
18) sedar bahawa perselisihan faham kadangkala tidak boleh dielakkan
19) mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
20) sanggup berkorban buat pasangan
21) menghormati pasangan
22) berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yg ada
23) perhubungan seksual yang sihat dan diredhai
24) menghormati perbezaan dalam diri pasangan
25) sentiasa bermaafan sebelum tidur
26) sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
27) meletakkan hak kepada pasangan
28) tidak menjadi hamba kepada pasangan
29) berubah secara kecil-kecilan utk meningkatkan kebahagiaan
30) mengawal marah. Buat perjanjian
31) mencari penyelesaian dalam situasi "menang-menang'
32) muhasabah hubugnan untuk mencari punca masalah
33) menghormati sifat semula jadi pasangan
34) memahami peranan "pasangan"
35) hubungan perasaan sesama pasangan
36) jangan simpan ketidakpuasan hati, sedih, marah atau benci dalam hati
37) bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yg tahu
38) sengaja merancang utnuk membaiki hubungan suami isteri
39) tujuk kali puji dan satu teguran
40) sebut I LOVE U sepanjang masa
41) banyakkan bergurau dan bermesra
42) sentiasa berterus terang
43) beri masa untuk perubahan berlaku - sabar
44) elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
45) elakkan salah pasangan
46) cari titik pertemuan
47) selesaikan masalah hari ini pada hari ini jugak - tidak bertangguh
48) lebih banyak memberi daripada menerima
49) minta nasihat, pandangan atau maklumbalas daripada pasangan
50) sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja & sebagainyer
51) seimbangkan hubungan dari segi :-
a) mental, pendidikan & ilmu
b) emosi
c) fizikal & ekonomi
d) sosial
e) spiritual
52) jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
53) tidak terlalu mengongkong
54) tidak bertindak bersendirian
55) memberi peluang untuk berbeza :
a) pendapat @ pandangan
b) hobi
c) kegemaran
d) makanan
e) cita rasa
f) warna pilihan dan pelbagai
56) humor atau lawak dari semasa ke semasa
57) minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
58) berwawasan dan berpandangan ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
59) tidak meminta yg bukan-bukan
60) bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumahtangan
61) mencari kelainan dan perubahan positif
62) elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun
63) redha, syukur dan tawakal kepada ALLAH s.w.t

3 Kata Mereka:

madam CT said...

63 tuu..byk tulll..

akk baca 4 dulu lahh

hehe..

rasp said...

wah very gud info..
leh amalkan ...
tq for sharing..

yong ibu chem said...

semoga kita semua berbahagia hingga ke akhir hayat...